FLOWERS FROM THE BACKYARD

Di Flowers From The Backyard, setiap kuntuman bunga dipilih dengan penuh teliti — seolah-olah memetiknya terus dari halaman rumah yang penuh kasih. Kami menghasilkan gubahan bunga yang lembut, segar dan penuh karakter, dengan sentuhan semula jadi yang membuatkan setiap majlis terasa lebih hangat dan bermakna.

Kami percaya bahawa kecantikan tidak perlu berlebih — cukup dengan kejujuran rupa alam dan kehalusan susunan, ia sudah mampu menyentuh hati.

Sama ada untuk perkahwinan, lamaran, hantaran, meja tetamu atau hadiah istimewa, setiap hasil kami diraikan sebagai satu cerita — sederhana, tulus, dan penuh rasa.

Flowers From The Backyard — Where Every Bloom Feels Personal.

Service Details & Packages 🌸
Location & Coverage

Kuala Lumpur & Selangor

Berminat?

Majlis Dah Nak Dekat Ni, Tempah Sekarang Sebelum Penuh!

Dulang Hantaran

Susunan hantaran dengan sentuhan semula jadi, kemas dan manis — sesuai untuk pertunangan atau pernikahan.

Harga bermula dari RM25 setiap dulang.

Fresh Flowers Bouquet

Bouquet bunga segar yang dirangka dengan harmoni warna & bentuk, sesuai sebagai hadiah atau kejutan istimewa.

Harga bermula dari RM70.

Bridal Bouquet

Bouquet pengantin yang dirancang secara eksklusif mengikut tema, gaya dan citarasa anda — lembut, elegan & memukau.

Harga bermula dari RM150.

Wedding Flower Bar

Set meja bunga segar untuk majlis anda — menambah suasana romantik & segar sepanjang acara.

Pakej bermula dari RM800.